Tahap keselamatan Depoh Tahanan Pekan Nanas dipertingkat, pastikan PATI tak lolos - Utusan Malaysia

Tahap keselamatan Depoh Tahanan Pekan Nanas dipertingkat, pastikan PATI tak lolos

BAHARUDDIN Tahir mengadakan sidang akhbar selepas meninjau Inisiatif Mengatasi Kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen sentiasa meningkatkan tahap keselamatan Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas di Pontian bagi memastikan selamat dan tidak dapat dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, setakat ini tiada pihak pernah memboloskan diri daripada depoh tahanan tersebut.

“Depoh tahanan itu merupakan satu-satunya depoh tahanan PATI di Johor dan saya boleh katakan bahawa kawalan di depoh tersebut pada tahap tertinggi untuk pasti kejadian seperti di Depoh Imigresen Sementara Bidor tidak berlaku di sini.

“Ketika ini, depoh tersebut menempatkan seramai 1,070 PATI, dengan seramai 20 daripada mereka merupakan tahanan warga Rohingya,” katanya diminta mengulas tentang tahap kawalan di depoh tahanan itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau Inisiatif Mengatasi Kesesakan d Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), di sini hari ini.

Pada 1 Februari lalu, seramai 131 PATI melarikan diri dari blok lelaki Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor, Perak dengan 115 merupakan warga Rohingya, 15 warga Myanmar dan seorang warga Bangladesh.

Setakat semalam, seramai 51 PATI yang meloloskan diri telah ditahan semula, manakala seorang lagi maut dalam kemalangan selepas melarikan diri.

Baharuddin memberitahu, Depoh Tahanan Imigresen Pekan Nanas mempunyai kekuatan seramai 171 anggota dengan seramai 40 anggota bertugas pada setiap syif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya