KOTA TINGGI: Suasana pilu menyelubungi kawasan Tanah Perkuburan Islam Felda Sungai Mas di sini yang menjadi lokasi pengebumian jenazah pendaki Zahalita Othman, 52 selepas meninggal dunia akibat sesak nafas ketika mendaki Gunung Reskit, Kuala Tahan Pahang Selasa lalu. Jenazah ibu kepada lima orang anak tersebut dikebumikan pukul 2 pagi tadi selepas disolatkan di kampung halamannya itu sebaik tiba dari Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan semalam. Jasad wanita berkenaan dibawa keluar dari lokasi semalam selepas pelbagai usaha dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) gagal disebabkan cuaca buruk.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya