MELAKA: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menawarkan projek pembelian lembu tidak wujud membabitkan kerugian berjumlah RM185,137.50, Mei tahun lalu. Tertuduh, Muhammad Safid Affandi Shamsudin dan Nor Salbiah Johari masing-masing berusia 33 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Azaraorni Abd. Rahman. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama memperdayakan Muhammad Safiy Khan Muzair Khan, 35, dengan menawarkan projek tawaran pembelian lembu dari Thailand yang tidak wujud hingga mendorong mangsa menyerahkan wang secara berperingkat berjumlah RM185,137.50 ke dalam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya