PUTRAJAYA: Kerajaan sudah merangka beberapa pendekatan bagi menangani isu sejumlah 14,506 atau 0.83 peratus pelajar sekolah menengah yang direkodkan tercicir daripada arus pendidikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, faktor utama keciciran mereka ialah hilangnya minat ke sekolah, ingin menampung keperluan keluarga dan masalah kemiskinan keluarga. Menurutnya, Kementerian Pendidikan diarah melakukan pemantauan berkala terhadap majikan yang mengambil pekerja masih bersekolah bagi memastikan mereka mematuhi syarat dan waktu bekerja ditetapkan. “Perkara ini penting bagi memastikan isu keciciran dalam kalangan pelajar sekolah di negara ini dapat dikawal,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya