KUALA LUMPUR: Cubaan empat penjenayah dikehendaki di Taiwan yang cuba mewujudkan hab sindiket penipuan pusat panggilan di Malaysia untuk mengumpan dan menjerat mangsa berjaya ditumpaskan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Operasi khas di dua premis sekitar ibu negara pada 30 Januari lalu berjaya menahan lapan individu terdiri daripada empat lelaki warga Taiwan dan empat warga tempatan berusia 31 hingga 44 tahun. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, siasatan mendapati empat warga Taiwan itu disyaki baru tiba di negara ini. Bagaimanapun, katanya, hasil kerjasama pihak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya