JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen negeri ini menggempur 19 kawasan hotspot dan menahan seramai 50 warga asing termasuk dua kanak-kanak di empat daerah, semalam. Pengarahnya, Baharuddin Tahir berkata, kesemua yang ditahan terdiri daripada 27 warga Myanmar, Indonesia (8), Bangladesh (7), Nepal (4), India (2) dan masing-masing seorang warga Pakistan dan Vietnam berusia antara tiga hingga 52 tahun. Mereka dipercayai bekerja dan tinggal di negara ini tanpa sebarang pas atau permit yang sah serta tinggal lebih masa. Katanya, tangkapan dibuat oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen negeri, Unit Penguatkuasa Cawangan Muar dan Batu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya