Semua mangsa dihanyut kepala air dijumpai - Utusan Malaysia

Semua mangsa dihanyut kepala air dijumpai

OPERASI mencari mangsa dihanyutkan kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh di Bidor semalam berjaya menemukan dua mangsa terakhir hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Dua lagi mangsa kepala air di Sungai Kenjur dekat Kampung Poh di Bidor telah ditemui mati lemas pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd. Naim Asmawi berkata, kedua-dua mangsa dikenali Hanna Mikayla, 7, dan Hanum Marissa, 2.

“Mangsa ketiga yang berusia dua tahun , seorang bayi perempuan ditemui kira-kira pukul 8.55 pagi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi kejadian.

“Selang beberapa minit kemudian, kira-kira pukul 9.05 pagi, seorang lagi mangsa kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun ditemui berdekatan Masjid Kampung Bidor,” katanya dalam satu kenyataan media pagi tadi.

Media melaporkan hajat empat beranak untuk berkelah bertukar tragedi apabila ibu, Aszura Bani, 37, ditemukan lemas, manakala tiga anaknya hilang akibat dihanyutkan kepala air ketika beriadah di Sungai Kenjur, dekat Kampung Poh, di sini.

Dalam perkembangan berkaitan Mohd. Naim berkata, operasi ditamatkan kira-kira pukul 10.20 pagi tadi setelah semua mangsa telah ditemui.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya