KUALA LUMPUR: Polis menahan sembilan individu termasuk tiga wanita yang disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan panggilan telefon dengan menyamar sebagai pegawai insurans dalam serbuan di Selangor dan ibu negara, Selasa lalu. Kesemua suspek berusia antara 28 hingga 42 tahun dipercayai berperanan sebagai pemilik akaun keldai dan pemilik syarikat keldai yang digunakan dalam kegiatan penipuan didalangi sindiket ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, melalui penahanan ahli sindiket ini, pihaknya percaya sebanyak 61 kes membabitkan nilai kerugian keseluruhan RM28.92 juta berjaya diselesaikan. Katanya,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya