KOTA TINGGI: Perkhidmatan feri Roll On Roll Off (RORO) yang bakal diperkenalkan bagi laluan Batam-Tanjung Belungkor menjadi inovasi baharu dalam meningkatkan sektor pelancongan negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar berkata, perkhidmatan yang dicadangkan oleh pihak konsulat Indonesia itu akan memudahkan pelancong membawa kenderaan mereka memasuki negara ini. “Mereka cadang untuk tingkatkan khidmat RORO yang sedikit sebanyak sebagai satu inovasi yang baharu untuk tingkatkan sektor pelancongan negeri. Menerusinya akan memudahkan pelancong datang membawa kereta sendiri, para pengunjung dari Malaysia yang hendak ke Batam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya