JOHOR BAHRU: Polis mengambil keterangan seorang lelaki yang disyaki mendera anjing peliharaannya seperti yang tular dalam laman sosial Facebook, dua hari lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan kes tersebut sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Sebelum ini pihaknya menerima laporan yang dibuat seorang wanita berusia 49 tahun yang mendakwa melihat kejadian seorang lelaki merotan seekor anjing. “Kita mengesan satu video tular dalam Facebook ‘Malaysian Dogs Deserve Better’ berdurasi 29 saat yang memaparkan seorang lelaki bertindak merotan seekor anjing peliharaannya. Siasatan awal mendapati kejadian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya