PETALING JAYA: Polis selesai mengambil keterangan pempengaruh media sosial Dd Chronicle berhubung video yang didakwa mempersendakan keputusan Mahkamah Persekutuan yang membatalkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 baru-baru ini. Mengesahkan perkara itu kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra’e, 43, dipanggil ke Bukit Aman pada Khamis lalu untuk proses rakam keterangan. “Rakaman percakapan lelaki itu sudah diambil di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada pukul 10.15 pagi,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya