Polis Johor kenal pasti 41 lokasi sering berlaku kemalangan - Utusan Malaysia

Polis Johor kenal pasti 41 lokasi sering berlaku kemalangan

M. KUMAR (kanan) bergambar selepas melancarkan Op Selamat Ke-21/2024 sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Kempas (aràh Utara) di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis negeri ini mengenal pasti 41 lokasi ‘hotspot’ dan 37 lokasi ‘blackspot’, iaitu lokasi yang kerap berlakunya kemalangan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor dibantu bahagian-bahagian di setiap daerah akan memberi tumpuan di kawasan berkenaan.

“Lokasi terbabit akan diberikan keutamaan dari aspek penugasan mahupun penguatkuasaan. Bagi memastikan kehadiran JSPT dirasai, seramai 89 pegawai dan 582 anggota akan digerakkan sepanjang Op Selamat kali ini.

“JSPT juga akan melaksanakan pendekatan berteraskan konsep ‘total enforcement’ dan advokasi. Penguatkuasaan dijalankan secara menyeluruh terutamanya berkaitan kesalahan memandu melebihi had laju, memandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar, memotong barisan, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan alat komunikasi ketika memandu,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Op Selamat Tahun Baharu Cina 21/2024 Kontinjen Johor di Plaza Tol Kempas, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Wilayah Selatan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir. Ts. Ahmad Iskandar Abdul Kadir; Pengurus Wilayah Selatan, PLUS Berhad, Hairunnizam Saad dan Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Johor, Mohd. Edir Sani.

Kumar berkata, JSPT juga akan menjalankan pemantauan ke atas kenderaan perdagangan supaya mematuhi waktu larangan berada di lebuhraya bagi memastikan kelancaran trafik serta lalu lintas.

Berdasarkan statistik Op Selamat tahun lalu, secara keseluruhannya jumlah kemalangan meningkat 858 kes, iaitu bersamaan 105 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Kemalangan maut turut meningkat sebanyak sembilan kes, begitu juga dengan kadar kematian meningkat sebanyak 15 kes berbanding tahun sebelumnya. 

“Punca peningkatan ketara ini disebabkan oleh perubahan fasa penularan Covid-19 yang menimpa negara dan seiring dengan pertambahan jumlah kenderaan di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya