KUALA LUMPUR: PKR belum membuat keputusan untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim atas sikapnya mencampuri urusan parti politik lain. Ini selepas Hassan mencabar pimpinan PKR dengan kesediaannya diambil tindakan disiplin termasuk dipecat, jika haknya untuk bersuara dianggap sebagai kesalahan. Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, setakat ini tidak timbul tindakan disiplin terhadap Hassan kerana belum ada mesyuarat rasmi yang akan menentukan nasibnya. Bagaimanapun, Fahmi mengingatkan Hassan jika mahu memberi teguran kepada mana-mana parti lain , maka, beliau juga perlu bersedia menerima teguran. “Kita tunggulah (sama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya