KUALA LUMPUR: Bekas penjawat awam di Kementerian Luar, Aminah Ahmad berjaya memperoleh kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi memaksa kerajaan menyegerakan pelarasan dan membayar tunggakan pencen. Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Amajeet Singh membenarkan permohonan tersebut selepas Jabatan Peguam Negara yang mewakili Kerajaan Malaysia dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam selaku responden tidak mengemukakan sebarang bantahan. Mahkamah turut menetapkan 14 Mac ini untuk pengurusan kes. Pada 12 Januari lalu, Aminah memfailkan permohonan semakan kehakiman itu enam bulan selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa pelarasan pencen tahunan sebanyak dua peratus secara `flat rate’ sejak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya