KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 4 Mac ini untuk pendengaran permohonan Peguam Negara mendapatkan kebenaran memulakan prosiding komital terhadap bekas Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil. Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustafa P. Kunyalam ketika dihubungi berkata, mahkamah mengarahkan agar hujahan bertulis difailkan pada atau sebelum 29 Februari ini. Mustafa memaklumkan tarikh pendengaran tersebut ditetapkan Penolong Kanan Pendaftar, Nur Azizah Jaafar sewaktu pengurusan kes itu hari ini. Tambahnya, pendengaran permohonan mendapatkan kebenaran komital itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Noorin Badaruddin. Turut hadir pada prosiding…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya