SEREMBAN : Seorang wanita yang juga pengasuh di sebuah taska dekat Desa Cempaka, Nilai, di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas pertuduhan menganiaya atau bertindak cuai ke atas seorang bayi perempuan berusia 10 bulan pada 5 Februari lalu. Tertuduh, Norsham Ismail, 66, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah dan mohon dibicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh, sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan 30 hari didapati telah menganiaya atau bertindak secara cuai dengan cara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya