KUALA LUMPUR: Punca kebakaran tingkat 17 Flat Sri Sabah adalah disebabkan masalah pendawaian elektrik di unit tiga kediaman itu sebelum merebak ke lima unit lain. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul berkata, dakwaan mengatakan kebakaran disebabkan bunga api adalah tidak benar. “Unit Forensik JBPM Kuala Lumpur membuat siasatan dan mengenal pasti punca bermulanya kebakaran di unit tiga. Semasa kejadian unit tersebut dalam keadaan tertutup di pintu depan dan belakang. “Kebakaran bermula di unit berkenaan sebelum merebak ke unit bersebelahan di nombor dua hingga lima…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya