KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh memulakan perjalanan ke Bangkok, Thailand minggu depan selepas Mahkamah Sesyen di sini hari ini membenarkan pelepasan pasportnya untuk menziarahi rakan perniagaan dan menghadiri majlis perasmian restoran milik seorang kenalan rapat di negara itu. Pasport beliau kini dalam simpanan pihak mahkamah sebagai syarat jaminan ekoran tiga pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) melibatkan lebih RM200 juta yang dihadapinya. Hakim Azura Alwi memerintahkan pasport itu dilepaskan secara sementara bermula hari ini dan dikembalikan pada 23 Februari ini. Ketika menyampaikan keputusannya, Azura berkata, mahkamah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya