KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dijangka terus mengukuh pada tahun ini yang diniagakan pada RM4.50 berbanding dolar AS pada akhir tahun ini. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pengukuhan nilai mata wang disumbangkan oleh unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak empat hingga lima peratus tahun ini, sekali gus memudahkan pemulihan ringgit ke paras RM4.50. Sehubungan itu, katanya, kerjasama Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM), syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersedia untuk meningkatkan aliran masuk wang ke dalam pasaran pertukaran asing bagi mengukuhkan nilai ringgit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya