PADANG BESAR: Kadar caj yang dikenakan kepada pengunjung membawa kamera untuk merakamkan gambar di puncak View Point Wang Kelian di sini mendapat kecaman banyak pihak. Berdasarkan memo dikeluarkan oleh Jabatan Perhutanan negeri, pengunjung tempatan yang membawa kamera atau perakam video akan dikenakan caj RM15 manakala pelancong luar pula perlu membayar sebanyak RM20. Selain itu, bagi rakaman filem dokumentari, pengunjung tempatan perlu membayar caj RM500 sehari manakala pelancong luar dikenakan bayaran RM1,000 sehari. Untuk sesi fotografi pula, pengunjung tempatan perlu membayar RM200 sehari dan pelancong luar pula dikenakan caj RM400 sehari.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya