KOTA BHARU: Lapan kes kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang tempoh Op Selamat 21/2024 (Op Selamat 21) sempena Tahun Baharu Cina yang bermula pada 8 hingga 13 Februari lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak tiga kes apabila hanya lima kes kematian dicatatkan pada tahun lalu. Menurutnya, peningkatan itu turut melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kenderaan di beberapa lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan. “Bagaimanapun, jumlah kemalangan menurun kepada 250 kes sepanjang tempoh Op Selamat tahun ini jika dibanding sebanyak 279…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya