SEREMBAN: Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan membelasah Kedah dengan keputusan jaringan 10-0, dalam saingan Liga Hoki Malaysia TNB 2024 di Stadium Hoki Seremban 2 di sini petang tadi. Ketika harapan untuk mempertahankan kejuaraan liga tampak kabur, Negeri Sembilan kekal dengan semangat juang tinggi dengan memperoleh gol pertama pada minit ke-3 permainan melalui Zaty Alyani Muhamad Zubir. Pemain kebangsaan itu sekali lagi menghukum kelalaian pertahanan Kedah dengan gol kedua pada minit ke-9. Pasukan pelawat di bawah bimbingan, Mohd. Nasir Mohd. Noh itu cuba bangkit mengekang kemaraan pemain Negeri Sembilan namun berdepan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya