SEREMBAN: Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan memulakan kempen Liga Hoki Malaysia TNB 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan PDRM Blue Warriors 3-2 dalam perlawanan sulung di Stadium Hoki Seremban 2 di sini petang tadi. Negeri Sembilan yang menyandang kejuaraan treble musim lalu tampil garang dengan gandingan yang diketuai pemain kebangsaan, Fazillah Sylvester Silin selepas bintang musim lalu, Nuramirah Shakirah Zulkifli berhijrah ke Malaysian University. Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebaik wisel permulaan ditiupkan dalam usaha mendapatkan gol awal sebagai penyuntik semangat. Pasukan tuan rumah terpaksa menunggu sehingga minit ke-30 sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya