KUALA TERENGGANU: Kebanjiran pelancong sempena cuti persekolahan sejak hujung minggu lalu membolehkan peniaga Pasar Kedai Payang meraih pendapatan berganda berbanding sebelum ini. Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi tumpuan pelancong itu mendapati ramai pengunjung membeli pelbagai produk antaranya makanan, pakaian dan kraftangan. Seorang peniaga, Fadillah Harun, 44, berkata, kehadiran pengunjung baik sehingga pendapatannya meningkat berlipat kali ganda menerusi jualan batik dan sutera. Menurutnya, suasana di Pasar Kedai Payang pada hari biasa suram dengan hasil jualan tidak sampai RM200 namun mencecah lebih RM1,000 ketika cuti panjang ketika ini. “Antara inisiatif bagi menarik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya