PONTIAN: Murid lelaki berusia 12 antara 11 remaja yang ditahan dalam Op Malam Minggu di sekitar Bandar Benut oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Pontian malam kelmarin atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen. Turut ditahan 10 lagi pelajar berusia 14 hingga 17 tahun, termasuk dua orang yang sedang menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika ini. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, motosikal mereka turut disita kerana melanggar pelbagai kesalahan lalu lintas. “Berikutan aduan orang awam dalam media sosial, kita telah mengadakan Op Malam Minggu di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya