NARATHIWAT: Muzium Warisan Budaya Islam dan Pusat Pembelajaran al-Quran Narathiwat memohon kepakaran Malaysia dalam kerja-kerja pemuliharaan khazanah Melayu lama Nusantara yang tersimpan di sini. Pengarahnya, Lutfi Saman berkata, Malaysia memiliki kepakaran tersebut melalui Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia. “Marilah sama-sama kita berganding bahu dalam menjaga warisan Melayu lama di Nusantara ini supaya ia terus kekal dan dapat dilihat oleh generasi akan datang. “Kesemua bahan ini adalah ‘benteng’ orang Melayu. Jadi, seluruh bahan ini perlu dipulihara dan dipertahankan kerana ia boleh dijadikan sebagai sumber rujukan berkait dengan alam Melayu,”…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya