PETALING JAYA: Majikan yang didakwa melakukan penipuan terhadap seramai 733 pekerja asing di Pengerang Johor bersetuju melunaskan gaji yang belum dibayar sejak mereka dibawa masuk ke dalam negara. Menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM), persetujuan itu dicapai dalam prosiding yang dijalankan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam satu prosiding, Isnin lepas. “Prosiding ini dilaksanakan oleh pegawai dari Jabatan Tenaga Kerja Johor dengan kehadiran majikan dan pekerja serta disaksikan oleh pegawai dari Kedutaan Bangladesh. “Kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama dengan pembayaran gaji sejumlah RM1,035,557.50 kepada pekerja-pekerja berkenaan,” katanya dalam kenyataan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya