SEREMBAN: Kegagalan mempertahankan Piala Sumbangsih minggu lalu tidak menjejaskan tumpuan pasukan hoki wanita Negeri Sembilan apabila membenamkan MSP-PHP-SSNP, 5-0, dalam saingan Liga Hoki Malaysia TNB 2024 di Stadium Hoki Seremban 2, di sini petang tadi. Pasukan tuan rumah bermula dengan yakin apabila memperoleh dua gol dalam suku pertama perlawanan melalui Zaty Alyani Muhamad Zubir dan ketua pasukan, Fazillah Sylvester Silin masing-masing pada minit ke-3 dan ke-8 perlawanan. Dua gol itu terus membakar semangat Negeri Sembilan untuk mengukuhkan kedudukan dalam carta kumpulan dengan dua kemenangan dan satu seri sebelum ini. Namun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya