BACHOK: Seorang lelaki yang bertindak terjun ke sungai untuk melarikan diri daripada polis dalam serbuan di jeti Pengkalan Petah di sini ditemukan lemas, petang semalam. Mayat lelaki berusia 38 tahun itu ditemukan kira-kira pukul 7 malam pada jarak 10 meter dari lokasi dia dikatakan terjun. Ketua Polis Daerah Bachok Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pada pukul 4.36 petang pihaknya menerima panggilan mengatakan seorang lelaki telah bertindak melarikan semasa serbuan Ops Tapis Khas Se-Malaysia dengan terjun ke sungai. Menurutnya, semasa serbuan itu suspek telah terjun ke sungai dari bot nelayan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya