PONTIAN: Seorang penunggang motosikal terbunuh apabila motosikal yang ditunggangi hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan di KM18.9 Jalan Pontian – Kukup, dekat sini, malam tadi. Ketika kejadian, sebuah kereta yang dipandu seorang wanita datang dari arah Kukup ke Pontian cuba mengelak namun terlanggar mangsa yang memasuki laluannya. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa dikenali sebagai Norrazman Md. Ali berusia 33 tahun beralamat di Felda Tenggaroh Timur 1, Mersing. Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan dibahagian kepala dan kaki meninggal dunia ditempat kejadian setelah disahkan oleh pegawai perubatan.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya