BATU PAHAT: Larangan penjualan rokok elektronik yang dilaksanakan sebelum ini dikekalkan dan tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang mengingkarinya. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, keputusan berkenaan telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri lapan tahun lalu dan dikuatkuasakan mulai 1 Januari 2016. Justeru, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengenal pasti pihak atau premis serta restoran yang masih berdegil menjual vape di negeri ini. “Kita akan mengambil tindakan bersama PBT (lesen perniagaan) sekiranya didapati premis perniagaan tersebut menjual vape secara terbuka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya