PASIR PUTEH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menyerbu menemukan 8,793 liter diesel yang disorok dalam kebun getah di Kampung Sungai Petai di sini, semalam. Pengarahnya, Azman Ismail berkata, minyak diesel itu ditemui disimpan di dalam tangki mudah alih. Menurutnya, dalam serbuan itu, tiga suspek berusia 30 hingga 40 tahun termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan. “Turut dijumpai tong-tong jerikin di sekitar rumah, sebuah lori tangki, lori dan pikap yang dipercayai digunakan untuk penyeludupan,” katanya ketika dihubungi di sini. Azman memberitahu, nilai keseluruhan rampasan termasuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya