KULAI: Persatuan Kontraktor India Makmur Negeri Johor gred G1 dan G2 mendakwa terdapat ahlinya berdepan risiko gulung tikar apabila kekurangan tawaran projek daripada kerajaan negeri dan agensi berkaitan kebelakangan ini. Sehubungan itu, Pengerusinya, S. Suppayah memohon supaya kerajaan negeri dapat memberi peluang yang saksama kepada sekumpulan kontraktor daripada persatuan itu untuk kekal meneruskan perniagaan mereka. Katanya, peluang yang ditawarkan kepada kontraktor persatuan itu semakin berkurangan daripada hampir 60 projek ditawarkan kepada 10 projek sahaja. “Pada Belanjawan lalu, kerajaan negeri menyatakan hasrat untuk membantu kontraktor tempatan bagi kerja-kerja penyelenggaraan jalan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya