PETALING JAYA: Kes-kes melibatkan berita tidak benar, berbaur hasutan serta penghinaan terhadap agama, institusi diraja dan kaum (3R) meningkat dalam tempoh dua tahun ini. Mengikut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 1,396 kertas siasatan dibuka melibatkan berita tidak benar serta mempunyai elemen hasutan di media sosial pada 2022 dan 2023. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 645 kes dibuka pada 2022 manakala 751 kes untuk tahun lalu. Beliau berkata, analisis pihaknya mendapati daripada jumlah kes yang disiasat di bawah Seksyen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya