PETALING JAYA: Pihak sekolah perlu berupaya mengenal pasti murid yang berpotensi tercicir sejak dari peringkat awal dan mengambil langkah intervensi sebelum mereka memasuki peringkat menengah. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad berkata, walaupun jumlah keciciran tidak membimbangkan namun pihak berwajib tidak boleh lewat membantu kumpulan itu. Menurutnya, setiap pelajar perlu dipastikan sekurang-kurangnya mendapat pendidikan wajib dan mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Kaunselor dan pihak sekolah seharusnya diberikan kemahiran untuk mengenal pasti kumpulan murid yang berkemungkinan tercicir. Masalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya