KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menyanggah dakwaan Pasar Siti Khadijah ‘sepi’ tanpa pengunjung susulan ‘kegilaan’ rakyat negara ini ke Hatyai, Thailand sebagaimana dakwaan yang tular di media sosial baru-baru ini. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, dan Warisan negeri Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, beliau telah turun padang dan bertemu dengan peniaga untuk mendapatkan maklum balas sebenar dakwaan tersebut. Menurutnya, terdapat percanggahan maklumat apabila peniaga-peniaga kuih di pasar itu turut menafikan perkara itu sekali gus mengakui hanya berseloroh dengan mengatakan pelancong lebih memilih untuk melancong ke Hatyai, Thailand. “Sebahagian besar pengunjung mengatakan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya