KOTA BHARU: Tiga beranak nyaris rentung selepas kedai makan milik mereka di Kampung Biah, Perol, di sini, terbakar pagi tadi. Kejadian pukul 8.10 pagi itu berlaku ketika mangsa Asmiza Mustapha, 48, bersama suaminya, Mohamad Jaafar, 52, yang sedang membuat persiapan untuk memulakan operasi dikejutkan dengan bunyi letupan dari bahagian dapur premis berkenaan. Asmiza berkata, sejurus mendengar letupan itu dia terus ke bahagian dapur dan mendapati bahagian suis enjin air sudah terbakar sebelum menyambar tong gas. “Saya terus memanggil suami dan menggendong anak saya Nur Hanis,20, yang terlantar akibat penyakit buah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya