KUALA LUMPUR: Kebakaran lima unit di tingkat 17, Blok 70 di Flat Sri Sabah, Cheras di sini dipercayai bermula di sebuah unit di blok terbabit. Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran dipercayai bermula di unit nombor tiga di tingkat 17 itu. Bagaimanapun, jelasnya, punca sebenar kebakaran masih belum dapat dikenal pasti. “Anjing pengesan (K9) telah digerakkan ke lokasi kejadian namun kita mendapati tiada sebarang unsur khianat atau dakwaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya