PETALING JAYA : Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengingatkan semua pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pesuruhjaya polis dan ketua polis negeri serta daerah bertanggungjawab dalam menyelia pegawai dan anggota mereka bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Penegasan ini dibuat selepas beliau melihat pelbagai kes salah laku termasuk rasuah melibatkan warga PDRM sejak akhir tahun lalu. Razarudin berkata, mana-mana anggota mahupun pegawai yang terlibat salah laku tidak sepatutnya berada dalam perkhidmatan kerana telah mencalarkan imej PDRM. “Sekiranya berlaku selepas ini, anggota yang melakukan kesalahan dan melanggar peraturan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya