KOTA BHARU: Isteri kedua kepada Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad meninggal dunia hari ini akibat masalah komplikasi jantung. Allahyarhamah Salwani Yusof, 43, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.15 petang semasa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini. Pegawai khas kepada Khalid, Fikri Nizammuddin ketika dihubungi berkata, jenazah Allahyarhamah Salwani akan disembahyangkan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian selepas solat isyak. Katanya, jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kenali di sini.-UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya