PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia Cawangan Petaling Jaya menyeru kerajaan berhenti memberi ‘pas percuma’ kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang hanya menggunakan tenaga kerja tempatan, tetapi tidak memberi sumbangan dalam limpahan positif. Penyelarasnya, Gandipan Nantha Gopalan berkata, cadangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk membenarkan graduan asing di institut pendidikan tinggi negara bekerja dalam sektor teknologi tinggi di Malaysia bercanggah dengan tujuan yang sepatutnya mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Menurutnya, negara sedang mengalami isu tenaga tidak penuh yang sangat serius dan isu berkenaan tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya