KUALA TERENGGANU: Langkah kerajaan memperkenalkan beras putih Malaysia Madani diharap akan dilaksanakan dalam tempoh lama bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Dalam masa sama, kerajaan diminta memberikan lebih banyak subsidi untuk beras putih Malaysia Madani itu memandangkan ia adalah makanan ruji rakyat di negara ini. Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ariffin Deraman berkata, paling diharapkan ialah langkah ini dapat menyelesaikan masalah kekurangan beras putih tempatan. “Ini disebabkan langkah tidak bertanggungjawab sesetengah pengeluar yang mencampurkan beras putih dengan beras import dengan tujuan menjualnya pada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya