PUTRAJAYA: Bimbang mengenai kerahsiaan butir-butir peribadi selain kurang kesedaran menjadi antara faktor yang menyumbang kepada pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang rendah dalam kalangan warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara tersebut perlu diberi perhatian berikutan setakat 2 Februari, hanya 33.4 peratus atau 8,173 orang daripada 24,471 pegawai dan kakitangan kementerian serta agensi melakukan pendaftaran PADU. “Mungkin kesedaran belum sampai lagi, ada juga yang merasakan bahawa butir-butir peribadi itu tidak dirahsiakan, tetapi kita mempunyai jalan tertentu supaya semua…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya