PETALING JAYA: Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor mencetuskan perdebatan apabila menggunakan papan tanda bahasa Inggeris ‘Library’. Penggunaan bahasa selain bahasa Malaysia menjadi pertikaian orang awam kerana pusat bacaan itu sepatutnya memartabatkan bahasa kebangsaan. Khairul Hakimin Muhammad menerusi komen di Facebook menulis, perkara itu tidak sepatutnya ketika kerajaan sedang mengajak rakyat memartabatkan bahasa Malaysia. “Sedang kita berusaha mahu memandaikan semua orang menggunakan bahasa Melayu sebaik-baiknya, ini pula yang jadi,” katanya. Pengguna Facebook lain, Farahain Kalis berkata, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) perlu bertanggungjawab kerana perkara ini melibatkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya