KUALA LUMPUR: Operasi pencarian baki tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Bidor, Perak pada 1 Februari lalu dihentikan, namun tangkapan tetap akan dilakukan berdasarkan maklumat orang awam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini operasi pencarian hanya akan dibuat berdasarkan maklumat orang awam.
“Dari segi operasi sekatan jalan dan radius pencarian telah dihentikan.
“Pencarian dibuat berdasarkan maklumat orang awam, contoh bila jumpa mereka pergi ke masjid atau surau, orang kampung akan maklum pada kita (pihak berkuasa),” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan di Briged Tengah Pasukan Gerakan Am, Cheras di sini, hari ini. – UTUSAN