KUALA LUMPUR: Pegawai perubatan yang diarahkan bertugas selepas waktu pejabat (membuat lokum) di klinik kesihatan kini boleh menuntut Elaun Lokum pada kadar RM80 sejam yang berkuat kuasa serta-merta. Sebelum ini, kadar bayaran yang diberi adalah sebanyak RM9.16 sejam iaitu lebih rendah berbanding elaun lebih masa pekerja restoran makanan segera sekitar RM10 sejam atau upah pembersih rumah RM20 sejam. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu (bayaran elaun) baru sahaja diputuskan, sekali gus menyelesaikan isu yang menjadi perhatian dan menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pegawai perubatan sebelum ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya