TANGKAK: Dua maut, manakala seorang cedera dalam kemalangan dua kenderaan berhampiran Institut Latihan Perindustrian, Jalan Sagil-Jementah, pagi tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitenden Roslan Mohd Talib, kemalangan terbabit melibatkan sebuah Suzuki Vitara dan sebuah Mitsubishi Grandis yang sedang menghala ke Plaza Tol Tangkak. “Sampai di tempat kejadian, tiba-tiba Mitsubishi Grandis hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan dan melanggar sebuah Suzuki Vitara yang sedang dalam perjalanan dari Tangkak. “Akibat pelanggaran tersebut, pemandu serta penumpang Suzuki Vitara meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu Mitsubishi Grandis mengalami kecederaan,” katanya ketika dihubungi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya