SEREMBAN: Dua orang lelaki dijatuhkan hukuman penjara tiga hari dan denda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, selepas mengaku bersalah merasuah anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kelmarin. Tertuduh, P. Pubalan, 41, yang bekerja sebagai ejen ais batu dan Yam Seng Chaow, 26, yang bekerja sebagai penyelia kilang ais membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi. Mahkamah turut menetapkan empat bulan penjara sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan serta wang rasuah dilucut hak dan dimasukkan sebagai hasil kerajaan. Berdasarkan pertuduhan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya