LUMUT: Seramai 33 kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun merasai pengalaman menyeronokkan apabila dilayan seperti wira sebelum menjalani proses berkhatan di Masjid Sultan Alang Iskandar Shah (MSAIS), Seri Manjung, hari ini. Seawal pukul 8 pagi, lengkap berbaju Melayu termasuk ada yang memakai tengkolok, mereka dijamu dengan hidangan makan beradab ala mempelai sebelum diberi sijil penghargaan dan cenderahati. Kanak-kanak tersebut kemudian dibawa menaiki lori berhias dan diarak sekeliling Kampung Dato’ Seri Kamaruddin (KDSK) sebelum berjalan masuk ke pekarangan MSAIS diiringi bunga manggar dan bunga telur serta paluan kompang. Seterusnya, mereka menjalani…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya