PETALING JAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) akan mendedahkan berkenaan isu penipuan berkaitan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK). Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya akan membuat pendedahan berkaitan penipuan itu membabitkan ejen-ejen dan beberapa syarikat yang sepatutnya membantu mangsa tetapi menipu bagi mengaut untung atas angin. “Setakat ini kita sudah menerima beratus-ratus aduan daripada mangsa dan sedang menyiasat kesahihan serta modus operandi digunakan oleh kartel majikan serta ejen-ejen berkenaan,” katanya. Menurutnya, walaupun setiap mangsa membayar dan mengikut segala syarat, namun masih tidak berjaya. “Lebih menyedihkan kebanyakan daripada mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya